SKIM JAMINAN USAHAWAN MARA

YBhg. Dato' Ibrahim Muhamad, Ketua Pengarah MARA bertukar dokumen Perjanjian Skim jaminan Usahawan MARA (SJUM) dengan YBhg. Dato' Haji Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif BMMB sambil disaksikan oleh YB Dato' Seri Idris bin Jusoh, Pengerusi MARA bersama YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Munir bin Abdul Majid, Pengerusi BMMB bersempena Majlis Menandatangani Perjanjian Jaminan Usahawan MARA (SJUM) pada 25 Februari 2010 bertempat di Glenmarie Golf & Country Resort, Shah Alam.

Majlis Menandatangani Perjanjian Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM) dan penyambungan perkhidmatan Penasihat Syariah Bank Muamalat Malaysia Berhad dan MARA telah berlangsung pada 25 Februari 2010 bertempat di Glenmarie Golf and Country Resort, Shah Alam.

Perjanjian ditandatangani oleh YBhg. Dato’ Ibrahim Muhamad, Ketua Pengarah MARA dan YBhg. Dato’ Haji Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif BMMB sambil disaksikan oleh YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Pengerusi MARA bersama YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Munir bin Abdul Majid, Pengerusi BMMB.

SJUM merupakan satu kaedah pembiayaan di mana MARA menjadi penjamin kepada usahawan Bumiputera yang ingin mendapatkan kemudahan pinjaman perniagaan bermula dari RM500,001 sehingga RM2 juta bagi memenuhi keperluan modal usahawan yang berpotensi untuk mengembangkan perniagaan mereka tetapi tidak mencukupi syarat sebagaimana yang dikehendaki oleh institusi perbankan.

Ini juga merupakan salah satu pendekatan MARA bagi memperkasakan program Groom Big yang mensasarkan untuk menaiktaraf perniagaan usahawan sedia ada ke skala yang lebih besar. MARA berharap kerjasama yang telah terjalin selama ini dapat diperluaskan lagi dalam bidang-bidang lain dari semasa ke semasa.

Galeri Foto

This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.