SAJIAN MENU IKAN AIR TAWAR DI IPMa

Sesi fotografi ahli jawatankuasa Majlis Pencaran Menu Ikan Air Tawar bersama YBhg. Dato' Ibrahim Muhamad (Ketua Pengarah MARA) pada 4 Februari 2010 bertempat di MRSM Kuala Kubu Baharu.

MARA melaksanakan dasar penyajian menu ikan air tawar di Institusi Pendidikan MARA (IPMa) selaras dengan Dasar Bekalan Ikan Air Tawar ke Organisasi Kerajaan yang diumumkan oleh Kementerian Pertanian Dan Asas Tani pada 21 Jun 2009.

Melalui pelaksanaan dasar ini, penyediaan menu ikan air tawar dijadikan antara syarat dalam penawaran tender perkhidmatan membekal, menyedia dan menghidang makanan bermasak Islam untuk para pelajar di IPMa.

Di peringkat awal, dasar ini dilaksanakan di MRSM serta Kolej MARA. MRSM Kuala Kubu Baharu dijadikan perintis projek ini sebelum ia diperluaskan ke IPMa yang lain secara berperingkat. Berikutan dengan itu, Majlis Pelancaran Menu Ikan Air Tawar telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Ibrahim bin Muhamad, Ketua Pengarah MARA pada 4 Februari 2010 di MRSM Kuala Kubu Baharu. Bagi memastikan jaminan kualiti makanan, pihak kontraktor atau pembekal yang terpilih disyaratkan memperoleh bekalan ikan melalui pusat-pusat pengumpulan yang dikendalikan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) atau Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) yang disenaraikan.

Galeri Foto

This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.