INVENTION & INNOVATION AWARDS:MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO (MTE) 2010

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan GIATMARA telah melakar sejarah dalam pertandingan Invention & Innovation Awards 2010 bersempena Malaysia Technology Expo (MTE) 2010 pada 4 hingga 6 Februari 2010 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Dalam pertandingan ini, GIATMARA telah menggondol dua pingat emas, tiga pingat gangsa dan tempat kedua bagi kategori booth terbaik manakala MRSM telah berjaya memenangi satu pingat perak, empat pingat gangsa dan Anugerah daripada Korean Invention Academy.

Invention & Innovation Awards 2010 merupakan salah satu daripada empat pertandingan rekacipta dan inovasi utama di Malaysia selain daripada National Innovation Conference & Exhibition (NICE), Young Designers’ Award (YDA) dan International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX).

Pertandingan ini disertai oleh institusi pengajian tinggi dan organisasi penyelidikan seluruh Malaysia. Pada tahun ini, julung kali peserta peringkat antarabangsa menyertai pertandingan ini melibatkan negara seperti Korea, Taiwan, Croatia, Poland, Spain dan Rusia.

Galeri Foto Malaysia Technology Expo MTE 2010-GIATMARA

Galeri Foto Malaysia Technology Expo MTE 2010-BPLM

This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.