MRSM ULUL ALBAB DIPERLUASKAN

YB Dato' Seri Idris Jusoh (Pengerusi MARA) menyampaikan amanat kepada pelajar-pelajar MRSM Gemencheh bersempena Majlis Pelancaran Program Ulul Albab di MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan pada 18 Januari 2010.

YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Pengerusi MARA merasmikan Majlis Pelancaran Program Ulul Albab di MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan pada 18 Januari 2010. Program Ulul Albab merupakan satu dimensi baru dalam sistem pembelajaran yang menggabungkan aktiviti agama dan akademik secara bersepadu, saintifik dan bersistematik.

MRSM Gemencheh merupakan lokasi kedua pelaksanaan program Ulul Albab ini selepas kejayaan pertama program ini di MRSM Kota Putra pada tahun lepas. MARA akan terus berusaha untuk meluaskan program ini di MRSM kerana ia merupakan salah satu mekanisme untuk mendidik dan melahirkan bakal ulama, cerdik pandai dan cendekiawan yang bakal menguasai ilmu duniawi dan ilmu wahyu dalam satu masa.

Galeri Foto

MARA Komited Lahirkan Generasi Cemerlang -BestOnline.rtm.gov.my

This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.