Majlis Perasmian Forum Pemantapan Integriti MARA 2013

d033d8ff842a48c68a155db6cd154799

Dari tengah- YBhg. Datuk Farida bin Mohd Ali, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia menyaksikan MoU antara MARA dan IIM

YBhg. Datuk Farida bin Mohd Ali, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah menyempurnakan Majlis Perasmian Forum Pemantapan Integriti MARA 2013 pada 29 Januari 2013 (Selasa), jam 9.45 pagi bertempat di Dewan Utama, Hotel Premiera, Menara MARA, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Forum ini bertujuan untuk mewujudkan kerjasama erat antara MARA dan Institut Integriti Malaysia (IIM) serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Disamping itu, forum ini juga bertujuan menyemai dan meningkatkan kesedaran warga MARA mengenai kepentingan integriti dalam apa jua urusan dan tanggungjawab yang diamanahkan. Terdapat beberapa pengisian sepanjang majlis perasmian ini antaranya Majlis Menandatangani MoU Persefahaman dan kerjasama antara MARA dan Institut Integriti Malaysia (IIM) serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), seterusnya pelancaran Pelan Integriti MARA dan Kod Etika MARA.

Turut hadir sama, YBhg. Datuk Ibrahim bin Ahmad, Ketua Pengarah MARA dan YBhg. Datuk Dr. Haji Yusoff bin Haji Yacob, Ahli Majlis MARA Datuk Dr Mohd Tap Bin Salleh Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Dr A. Bakar bin Sarpon, Timbalan Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM).

About these ads
This entry was posted in Lain-Lain. Bookmark the permalink.