MAJLIS PELANCARAN PROGRAM USAHAWAN KECIL DINAMIK

YB Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Usahawan Kecil Dinamik (UK Dinamik) pada 29 September 2011 (Khamis) bertempat di Tingkat 10, Dewan Multaqam, Maju Junction, Kuala Lumpur.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan pendapatan peniaga kecil dan seterusnya bagi memastikan mereka tidak berada dalam kepompong kemiskinan. Selain itu, ia dapat membina asas bagi pembangunan usahawan Bumiputera kelas sederhana dan grooming pada masa hadapan. Seramai 50 orang Usahawan Kecil telah menerima bantuan perniagaam kecil tersebut. Turut hadir sama YB dato’ Seri Idris bin Jusoh , Pengerusi MARA dan YBhg. Datuk Ibrahim bin Ahmad, Ketua Pengarah MARA.

About these ads
This entry was posted in Usahawan. Bookmark the permalink.