PROGRAM CEMERLANG MINDA (CERMIN) 2011

MARA Negeri Terengganu bersama Bahagian Hal Ehwal Korporat MARA telah menganjurkan Program Cemerlang Minda (Cermin) 2011 di Sek. Men. Keb. Pulau Serai, Daerah Dungun Terengganu dan di Maktab Rendah Sains MARA Besut Terengganu pada 26 hingga 27 Jun 2011.

Program ini bertujuan memberi dorongan dan motivasi kepada kumpulan pelajar yang terpilih dikalangan pelajar miskin dalam membina personaliti positif ke arah mencapai kejayaan cemerlang dari aspek intelektual dan sahsiah diri. Program tersebut dikendalikan oleh En Ahmad Termizi Ab Aziz

Penolong Pendaftar Pejabat Naib Canselor, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Beliau juga merupakan bekas pelajar STPM terbaik Malaysia dalam sesi pengajian pada tahun 1998/1999. Program ini telah melibatkan 240 orang pelajar tingkatan 5 yang bakal menghadapi SPM tahun 2011. Program tersebut telah berlangsung dengan jayanya.

About these ads
This entry was posted in Korporat, Pendidikan. Bookmark the permalink.