KONFERENS PELAN TRANSFORMASI MARA

Konferens Pelan Transformasi MARA ini diadakan bertujuan untuk melestari dan membuat penambahbaikan terhadap Pelan Strategik MARA yang mampu memberi impak tinggi terhadap pembangunan sosio ekonomi Bumiputera.

 

Transformasi menyeluruh ini juga adalah untuk memastikan usaha yang dilakukan oleh MARA adalah selari dengan transformasi yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan.

 

Konferens ini melibatkan 188 penyertaan yang juga terdiri daripada wakil-wakil daripada pihak Agensi Pusat yang berkenaan dan Badan-Badan Korporat bertujuan untuk mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membangunkan Bumiputera. Ia juga dapat mengenalpasti ruang-ruang baru melalui pengisian forum dan bengkel pendidikan, modal insan, keusahawanan dan pelaburan untuk penambahbaikan serta inovasi yang boleh dilaksanakan di dalam Pelan Transformasi MARA.

Galeri Foto

About these ads
This entry was posted in Korporat. Bookmark the permalink.