MAJLIS PELANCARAN PROGRAM ULUL ALBAB MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM) KEPALA BATAS

YABhg. Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Malaysia ketika menyempurnakan gimik Majlis Pelancaran Program Ulul Albab Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kepala Batas

YABhg. Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Malaysia telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Ulul Albab Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kepala Batas pada 10 Januari 2011 (Isnin) bertempat di MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang.

 

Program ini merupakan program yang ketiga selepas dilancarkan di MRSM Kota Putra pada Januari 2009 dan di MRSM Gemenceh pada Januari 2010. Program ini bertujuan generasi Al-Quran yang beriman, bertaqwa, berilmu, berakhlak mulia, berketrampilan, bertanggung jawab dan dapat berbakti kepada agama, bangsa dan Negara

 

Selain itu, program ini juga bertujuan melahirkan pelajar-pelajar  yang berlatar belakangkan Sains dan Tahfiz al-Quran yang dapat memenuhi syarat untuk memenuhi pengajian dalam bidang profesional dan teknikal di mana-mana universiti tersohor di seluruh dunia.

Turut hadir sama YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Pengerusi MARA, YB  Puan Hajah Zabariah binti Wahab, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bertam dan YB  Dato’ Haji Roslan bin Saidin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Pinang Tunggal.

Galeri Foto

About these ads
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.