JOM MASUK KKTM

YBhg. Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob, Ahli Majlis MARA menyaksikan pertukaran dokumen memorandum persefahaman ketika Majlis Perasmian Program 'Jom Masuk KKTM' pada 23 April 2010, bertempat di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Sri Gading, Batu Pahat, Johor.

Program ‘Jom Masuk KKTM’  telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob, Ahli Majlis MARA pada 23 April 2010, bertempat di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Sri Gading, Batu Pahat, Johor.

Program ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan KKTM sebagai destinasi pilihan pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran berteknologi tinggi.

Selain itu, program ini dapat memberi panduan pemilihan kursus menepati minat dan kelayakan pelajar. Antara pengisian program yang diadakan adalah pameran terbuka, diskusi kerjaya, bicara ikon dan temu duga terbuka.

About these ads
This entry was posted in Pendidikan. Bookmark the permalink.