MAJLIS PERASMIAN KIMFEST 2012 DAN PELANCARAN HALAL PARK PENGKALAN CHEPA KIM FASA II

 

YB Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri telah menyempurnakan Majlis Perasmian KIMFEST 2012 dan Pelancaran Halal Park Pengkalan Chepa KIM FASA II Di Kawasan Industri MARA (KIM) Pengkalan Chepa, Kota Bahru, Kelantan pada 6 Mei 2012 (Ahad) jam 10.00 pagi bertempat di Kawasan Industri MARA (KIM) Pengkalan Chepa, Kota Bahru, Kelantan. Continue reading

Posted in Usahawan

TAHNIAH KOLEJ MARA KUALA NERANG

Pelajar-pelajar Kolej MARA Kuala Nerang.

International Engineering Invention & Innovation Exhibition (I-Envex) And Malaysian International Young Inventors Olympiad (Miyio) 2012 telah diadakan pada  26 hingga  29 April 2012 bertempat di Dewan 2020, Kangar, Perlis. Pertandingan ini turut disertai oleh Institusi Pendidikan MARA (IPMa) iaitu Kolej MARA Kuala Nerang. Continue reading

Posted in Berita Kejayaan, Pendidikan

SIRI JELAJAH KPM 2012 DI BUMI KENYALANG

YB Datuk Haji Len Talif Salleh,
Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal) dan Menteri Muda Alam Sekitar Sarawak. beramah mesra bersama pelajar MRSM ketika Perasmian Karnival Pendidikan MARA 2012 Peringkat Negeri Sarawak.

Siri jelajah KPM diteruskan di Negeri Sarawak bumi kenyalang pada 11 dan 12 April di Dewan Pameran Permata, Kuching yang disempurnakan oleh YB Datu Haji Len Talif Salleh, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal) dan Menteri Muda Alam Sekitar Sarawak. Continue reading

Posted in Korporat, Pendidikan

KARNIVAL PENDIDIKAN DAN KEUSAHAWANAN 2012 PERINGKAT NEGERI PERAK

Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menganjurkan Karnival Pendidikan dan Keusahawanan MARA 2012 selama dua (2) hari di Stadium Indera Mulia pada 7 dan 8 April baru-baru ini. Continue reading

Posted in Pendidikan, Usahawan

55,000 PENGUNJUNG HADIR DI KPM NEGERI TERENGGANU

YB Dato' Seri Idris Jusoh, Pengerusi ketika lawatan tapak pameran Karnival Pendidikan MARA Peringkat Negeri Terengganu.

Siri jelajah KPM negeri pantai timur diteruskan lagi di Negeri Terengganu pada 4 hingga 5 April di Terengganu Trade Centre. Continue reading

Posted in Korporat, Pendidikan

PROGRAM MESRA RAKYAT BERSAMA KOMUNITI USAHAWAN MARA NEGERI SELANGOR

YB Menteri KKLW ketika penyampaian sumbangan beg sekolah kepada pelajar-pelajar sekolah Kuala Selangor.

YB Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah telah menyempurnakan Program Mesra Rakyat Bersama Komuniti Usahawan MARA Negeri Selangor pada 3 April 2012 (Selasa) jam 2.15 petang bertempat di Dewan UMNO Bahagian Kuala Selangor, Batu 1, Jalan Kelang, Selangor. Continue reading

Posted in Usahawan

HEBAHAN SIARAN PROGRAM ‘KAMPUNG KITA’ DI TV3

Satu usahasama antara Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Media Prima Berhad telah dibuat dalam penghasilan satu program TV bertajuk ‘Kampung Kita’.

Program TV ‘Kampung Kita’ yang berkonsep majalah tv ini berdurasi selama 30 minit dengan siaran sebanyak 26 episod di mana setiap episod memaparkan enam (6) segmen menarik seperti inisiatif projek fizikal, produk usahawan luar bandar, personaliti, diari program semasa, program pengupayaan dan informasi grafik komitmen dan kejayaan penyediaan Infrastruktur Asas Luar Bandar.’Kampung Kita’bertujuan mengingtegrasikan perspektif KKLW ke dalam arus perdana pembangunan negara dengan mengupas isu pembangunan luar bandar untuk kesejahteraan sosial.

‘Kampung Kita’ akan disiarkan setiap Rabu jam 6.00 petang mulai minggu hadapan (4 April 2012) di TV3.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti rancangan ini.

Posted in Korporat